Skip to main content
EkonomiHome

Wisma Huazong Kebanggaan Masyarakat Tionghoa Malaysia

By 17 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norazlyn Muhamad Norizan (Hulu Langat)

SERI KEMBANGAN, 17 Jan (Malaysiaaktif) — Wisma Huazong yang menjadi nadi penting dalam memudahkan urusan masyarakat Cina di Malaysia dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini semalam.

Wisma ini berperanan sebagai Ibu Pejabat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) selain dijadikan sebagai pusat seni budaya kebanggaan Tionghoa di Malaysia.

Menurut Najib, usahawan Cina dan Bumiputera digalakkan menubuhkan syarikat secara perkongsian pintar dengan matlamat untuk memanfaatkan segala peluang perniagaan baharu sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Tambahnya, semangat kerjasama ini penting bagi menghapuskan segala batasan yang berpunca daripada perbezaan identiti kaum.

Beliau turut merakamkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Projek Tabung Pembinaan Wisma Huazong atas kejayaan pembinaan bangunan  yang membuktikan Huazong ialah pemegang amanah masyarakat Cina yang boleh dipercayai.

Wisma tersebut dibina dengan peruntukan RM85 juta. Kerajaan telah menyalurkan peruntukan RM5 juta pada 2011 dan menambah RM 3 juta lagi pada tahun ini. Majlis Pecah Tanah  disempurnakan oleh Perdana Menteri pada 18 Disember 2011.

Sementara itu, selaku Presiden Huazong, Tan Sri Datuk Sri Pheng Yin Huah akan berperanan mengeratkan hubungan antara kaum di negara ini di samping membantu memajukan masyarakat Cina.

 

Tinggalkan komen anda