
Oleh Jamalluddin Ramly (Teluk Intan)
HUTAN MELINTANG, 7 Jan (Malaysiaaktif) — Penduduk di sekitar Hutan Melintang melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kehadiran begitu ramai pendatang asing yang bekerja di kawasan kilang dan perikanan di sini.
Seorang penduduk yang ditemui Mohd Ariff Dahari, 62, berkata beliau berasa tidak berpuas hati dengan kebanjiran pendatang di Hutan Melintang dan berpendapat mereka tidak mempunyai pengenalan diri, selain memasuki daerah ini secara haram.
Pendapat beliau turut disokong oleh Saiful Nizam Mohamad, 38, yang bimbang akan keselamatan masyarakat setempat, berikutan pembabitan mereka dalam jenayah pengedaran dadah .
Selain itu, penduduk juga bimbang peluang pekerjaan untuk anak tempatan tertutup disebabkan majikan lebih berminat mengambil pendatang asing bekerja di kilang ataupun dalam bidang perikanan.
Oleh yang demikian, mereka berharap agar pihak berkuasa dapat membuat pemantauan dan mengambil tindakan segera bagi menangani isu ini.