Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penyampaian Hak Milik Tanah Pertanian Kepada 54 Penduduk

By 17 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

SEGAMAT, 17 Jan (Malaysiaaktif)  — Majlis penyampaian hak milik tanah pertanian kepada penduduk Kampung Lembah Bakti berlangsung di Dewan Serba guna Majlis Daerah Labis , Tenang  Stesyen kelmarin.

Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu menyaksikan seramai 54 orang menerima hak milik tanah seluas satu ekar seorang membabitkan 59 ekar tanah.

Dalam ucapannya,  Mohamed Khaled berkata pembangunan ekonomi negeri Johor memberi manfaat kepada seluruh rakyat dan tidak hanya tertumpu di Iskandar dan Pengerang.

Beliau berkata dalam Pelan Pertumbuhan Strategik Johor, daerah Segamat dikenal pasti berpotensi dalam pembangunan bidang pertanian. Sehubungan itu, daerah tersebut akan menjadi fokus industri berasaskan pertanian.

Mohamed Khaled turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200,000 bagi membina tebing tanah runtuh di Kampung Lembah Bakti.

 

Tinggalkan komen anda