Skip to main content
Berita TempatanSabah

Habuk, Debu Tebal Risiko  Kepada Penduduk Kampung

By 17 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Wenny Di Tian Soh (Sabah)

KENINGAU, 17 Jan (Malaysiaktif) – Projek pembinaan jalan yang menghubungkan Kampung Membulu ke Kampung Ansip, Kampung Dalit dan Kampung Kahaba menyebabkan penduduk setempat terpaksa berhadapan dengan masalah habuk dan debu yang serius.

Projek yang pada awalnya disambut baik oleh penduduk setempat kini memberi kesan negatif kepada kesihatan dan keselamatan mereka, terutama penunggang motosikal yang menggunakan jalan berkenaan.

Seorang penduduk kampung yang ditemui, Mohd Safari Salam, 51, berkata, pada mulanya keadaan tidak serius, namun pertambahan jumlah kenderaan berat yang melalui jalan tersebut dan keadaan cuaca panas serta berangin kini memburukkan lagi keadaan.

“Pelajar sekolah dan penduduk yang mahu ke tempat kerja menghadapi risiko ancaman apabila keadaan debu tebal menyeliputi topi keledar dan sering menghalang penglihatan ketika menunggang motosikal.” Tambah Safari lagi.

Beliau juga berkata penduduk kini terpaksa menggunakan topeng muka setiap kali melalui jalan tersebut.

Projek yang dilihat akan meningkatkan ekonomi penduduk kampung dan memudahkan pelbagai urusan seharian kini memberi tekanan emosi kepada mereka.

Penduduk berharap agar Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau keadaan ini dan seterusnya mengarahkan pihak kontraktor terbabit mengambil langkah sebelum berlaku kemalangan membabitkan penunggang motosikal di laluan kawasan terbabit.

Ketika dihubungi Malaysiaaktif, pihak JKR Keningau akan memantau keadaan dan mengambil langkah tertentu.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda