Skip to main content
Berita TempatanHomePulau Pinang

Kerajaan Belanja RM76.61 juta Naik Taraf Masjid Pulau Pinang

By 17 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Salawati Mat Shariff (Pulau Pinang)

KEPALA BATAS, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Sejumlah 15 buah masjid telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang setakat ini dengan kos keseluruhan sebanyak RM76.61 juta.

Terbaharu, peruntukan sebanyak RM5.5 juta turut disediakan untuk menaik taraf Masjid Padang Benggali dan pembinaan semula Masjid Jamek Penaga, Kepala Batas.

Menurut Pengerusi Kariah Masjid Penaga, Haji Mohammad Ali, beliau gembira dengan projek pembesaran masjid ini kerana ia boleh menampung pertambahan jumlah jemaah menunaikan solat Jumaat.

Beliau berharap masjid ini akan menjadi mercu tanda bagi kawasan Penaga, selain digunakan sebagai pusat perpaduan ummah walaupun berlainan fahaman politik.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis pecah tanah projek pembinaan semula berkenaan. Projek tersebut dianjurkan oleh oleh Unit Pelaksanaan dan Koordinasi (ICU) Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kariah Penaga pagi tadi.

Majlis pecah tanah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Masjid berharga RM3.7juta itu akan dikenali sebagai Masjid Datuk Syeikh Adnan, mengambil nama Mufti ketiga Pulau Pinang dan dijangka siap pada November tahun ini.

 

Tinggalkan komen anda