
Oleh Zuriatina Tamat (Tangkak)
TANGKAK, 6 Jan (Malaysiaaktif) — Pindaan nama daerah Ledang kepada daerah Tangkak berkuat kuasa serta merta mengikut Mesyuarat Bil.1890/2015 yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 11 November 2015.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor juga bersetuju nama daerah Ledang di dalam semua hak milik sedia ada hendaklah dipinda kepada Tangkak di bawah Seksyen 380 Kanun Tanah Negara 1965.
Selain itu, turut dipersetujui bahawa pindaan ini hanya melibatkan nama daerah, manakala nama mukim, sempadan, keluasan daerah tidak berubah.
Pindaan nama daerah Ledang kepada Daerah Tangkak telah pun diwartakan sebagaimana Warta Kerajaan No.6057 bertarikh 17 Disember 2015.