Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

Pindaan Ledang Kepada Tangkak Berkuatkuasa Serta Merta

By 6 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zuriatina Tamat (Tangkak)

TANGKAK, 6 Jan (Malaysiaaktif) — Pindaan nama daerah Ledang kepada daerah Tangkak berkuat kuasa serta merta mengikut Mesyuarat Bil.1890/2015 yang diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 11 November 2015.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor juga bersetuju nama daerah Ledang di dalam semua hak milik sedia ada hendaklah dipinda kepada Tangkak di bawah Seksyen 380 Kanun Tanah Negara 1965.

Selain itu, turut dipersetujui  bahawa pindaan ini hanya melibatkan nama daerah, manakala nama mukim, sempadan, keluasan daerah tidak berubah.

Pindaan nama daerah Ledang kepada Daerah Tangkak telah pun diwartakan sebagaimana Warta Kerajaan No.6057 bertarikh 17 Disember 2015.

 

Tinggalkan komen anda