
Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah berkata MPPP mempunyai budi bicara dan kuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan untuk memberikan lesen kepada peniaga itu berdasarkan sistem penggiliran.
Beliau memutuskan bahawa majlis itu bertindak secara wajar dan sah serta tidak bercanggah atau melanggar keadilan asasi.
“Keputusan majlis itu adalah mengikut undang-undang, rasional dan sah,” katanya.
Selepas keputusan dibacakan, peguam Abdul Hamid, M. Kumar secara lisan memohon penangguhan perintah sementara menunggu rayuan interim, tetapi telah ditolak oleh mahkamah.
Isu perebutan giliran Restoran Nasi Kandar Line Clear berlaku dua tahun lalu, apabila MPPP memberikan lesen kepada Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latiff Thulkarunai dan Pathumah Iskandar yang dikatakan tanpa pengetahuan ahli keluarga lain.