Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Malaysian Masters: Zulfadli Mara, Chong Wei Masih Berbisa

By 21 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Hisham Shah

PULAU PINANG, 21 Jan (Malaysiaaktif) — Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan ketiga selepas menumpaskan Kantawat Leelavechabutr dari Thailand 21-6, 21-15 dalam kejohanan Malaysia Masters semalam di SPICE Arena Pulau Pinang.

Turut mara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menundukkan Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun 19-21, 21-8, 21-19, manakala beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei melepasi halangan pembukaan dengan menewaskan Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 21-13, 21-18.

Sementara itu, dalam beregu lelaki, pasangan utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong turut menghadiahkan kemenangan kepada skuad negara apabila berjaya membenam pilihan keenam dari China Liu Xiaolong-Qiu Zihan 22-20, 21-16.

Turut menyinar Zulfadli Zulkifli yang berhempas pulas selama lebih 1 jam sebelum berjaya menundukkan jaguh Hong Kong, Hu Yun 17-21, 21-18, 24-22 untuk melangkah ke pusingan ketiga.

Menanti Zulfadli pada pusingan ketiga hari ini adalah pemenang di antara pilihan ke-10 dari India, Ajay Jayaram atau Petr Koukal dari Republik Czech.

Antara jadual perlawanan membabitkan pemain Malaysia hari ini, Soon Huat Goh akan bertemu pemain dari Hong Kong, Ka Long Angus Ng manakala Iskandar Zulkarnain yang turut mencatatkan kemenangan semalam akan bertemu Xue Song dari China.

Datuk Lee Chong Wei turut beraksi pada hari ini apabila dijadualkan bertemu Zi Liang Derek Wong dari Singapura pukul 7.50 malam nanti.

 

 

Tinggalkan komen anda