Skip to main content
Berita TempatanMelaka

Rumah Pusaka Hangus Dijilat Api Di Belakang Masjid Limbongan

By 23 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Β Oleh Oleh M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Sebuah rumah pusaka hangus dalam satu kebakaran yang berlaku sebentar tadi di belakang Masjid Limbongan di sini semalam.

Ketika kejadian, hanya anak pemilik rumah tersebut berada di rumah. Mangsa, Nor Fairus Syed Mohammad, 22, hanya cedera di jari tangan akibat terkena kaca di tempat kejadian dan telah dirawat oleh anggota unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 8.09 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

Jentera bomba dari stesen Kuala Kubu dan jentera dari stesen Tangga Batu tiba di tempat kejadian enam minit kemudian bersama 25 anggota.

Menurut laporan Pegawai Perhubungan Awam JBPM Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid, kira-kira 90 peratus bahagian rumah terbakar.

Punca kebakaran belum dikenal pasti dan masih disiasat.

Tinggalkan komen anda