Skip to main content
Berita TempatanHomeWilayah Persekutuan

Lebih 1,500 Sertai Kayuhan Cinta Malaysia

By 23 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Saharuddin Othman & Azri Zainal Abidin

PUTRAJAYA, 23 Jan(Malaysiaaktif) – Lebih 1500 peserta sekitar Putrajaya dan Lembah Klang menyertai program Kayuhan Cinta Malaysia sejauh 24 kilometer di sini pagi tadi.

Program pembukaan 2016 anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri yang bermula dan berakhir di Dataran Perbadanan Putrajaya disempurnakan pelepasannya pada 7.30 pagi oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Berslogankan “Kayuhan Cinta Malaysia” program ini diadakan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta sambil menghayati pemandangan persekitaran Putrajaya yang menjadi lambang kejayaan pentadbiran negara yang cemerlang.

Selain itu, program ini dapat memberi makna simbolik cinta akan negara dalam kalangan peserta dan masyarakat sekitar sekali gus menyemai semangat perpaduan menerusi peserta yang berbilang bangsa dan agama.

Program ini bertepatan dengan aktiviti pilihan golongan belia masa ini dan sinonim dengan aktiviti sukan di Putrajaya kerana berbasikal merupakan aktiviti riadah utama pada hujung minggu yang dapat melahirkan masyarakat yang lebih sihat dan cergas.

Penutupan program ini disempurnakan oleh Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Ibrahim Saad.

 

Tinggalkan komen anda