KUALA SELANGOR, 26 Feb (Malaysiaaktif) — Menurut sumber polis, seorang nelayan, Abu Hassan Abdul Latif, 57, yang cuba menyelamatkan mereka yang berada di dalam pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat pendaratan cemas di Pantai Assam Jawa di sini maut setelah lemas.
Mayat nelayan tersebut telah dibawa ke Hospital Daerah Kuala Selangor.
Dalam kejadian yang pada kira-kira pukul 8.40 pagi tadi pesawat yang membawa lapan orang penumpang itu ‘mendarat cemas’ dan seterusnya terbakar. Keesemua mereka, bagaimana pun, terselamat.
Penduduk kampung dan nelayan dikatakan bergegas terjun ke air menuju pesawat berkenaan untuk memberi bantuan.
Pihak TUDM telah mengesahkan kejadian itu dan sedang menubuhkan satu badan untuk menyiasat.