Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Dan Kini Usaha Pembersihan Selepas Banjir Di Jasin

By 9 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Salina Hasan @ Abd Rashid & Khairunnisa Abd Rahman (Jasin)

JASIN, 9 Feb (Malaysiaaktif) — Tiga pusat pemindahan di Jasin ditutup setakat pukul 9.00 pagi semalam berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.

Menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jasin, Sarjan Muda (PA) Muhamad Alif Abdul Rahman, pusat pemindahan yang ditutup keseluruhannya di Balai raya Asahan pada pukul 1.00 petang semalam, Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh pukul 5.00 petang semalam dan Sekolah Kebangsaan Chohong pukul 9.00 pagi tadi.

 

20160208192100

 

Sehubungan itu kerja-kerja pembersihan segera dijalankan di kawasan Chendera, sementara pada hari ini di kawasan Chohong kerana aliran sampah masih banyak dan paras air masih tinggi di Chohong.

Pengerusi Persatuan Belia MAYC Simpang Bekoh, Asrul Khan berkata Persatuan Belia (MAYC) Simpang Bekoh hari ini mengadakan Program ‘Kami Prihatin’ Khidmat Sosial Pasca Banjir di Madrasah Sheikhul Ariffin Simpang Bekoh untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kampung Simpang Bekoh.

Tinggalkan komen anda