Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganuViral

Tebing Di Pantai Sura, Dungun Runtuh Akibat Ombak Besar

By 8 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

DUNGUN, 8 Feb  — Fenomena air pasang besar yang berlaku semalam menyebabkan tebing di sebatang jalan di Pantai Sura di sini rosak dan berisiko runtuh akibat dipukul ombak besar.

Kejadian tebing runtuh yang berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi menyebabkan jalan sepanjang 100 meter itu berbahaya untuk dilalui semua jenis kenderaan.

Seorang penduduk, Zaki Othman, 60, berkata keadaan tersebut membimbangkan penduduk kerana jalan itu menjadi laluan utama beberapa buah kampung di kawasan tersebut.

“Kalau malam ini berlaku lagi air pasang besar, kemungkinan besar jalan ini runtuh sebab struktur bawah jalan pun makin terhakis,” katanya ketika ditemui pemberita di sini Isnin.

Izuan Ahmad, 29, berkata meskipun menyedari risiko jalan akan runtuh, pengguna tetap menggunakan laluan berkenaan kerana ia merupakan jalan utama.

Sementara itu, jurutera Jabatan Kerja Raya Dungun Nurul Hafizah Ramli berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran daerah bagi menjalankan kerja baik pulih jalan dan tebing jalan yang runtuh.

Untuk kemudahan penduduk, pihaknya akan membina laluan lencongan melalui Jalan Sura Jetty, katanya.

— BERNAMA/ Foto: Media Sosial

Tinggalkan komen anda