Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Idris Isytihar Program Anti-Dadah Asean (ACAD) Gagal

By 12 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka & Hatta Johari (Melaka)

MELAKA, 12 Feb (Malaysiaaktif) — Hari Anti-dadah sekali lagi disambut di Melaka bertemakan “Perangi Dadah Habis Habisan.” Tema ini dipilih sejajar dengan usaha Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melancarkan ekspedisi kembara ke seluruh negara.

Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron Program Asean City Against Drug (ACAD) dilancarkan di Manila, Filipina pada 2010 dan Melaka dipilih sebagai negeri sifar penagih dadah pada 2015.

“Namun begitu berikutan statistik yang diperoleh pada Disember 2015 menyatakan peningkatan bilangan penagih di Melaka, maka saya isytiharkan program ACAD gagal,” ujar beliau.

Jumlah penagih dadah yang berdaftar di Melaka pada 2015 adalah seramai 1,594 orang dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding 2014, manakala 68.5 peratus, iaitu seramai 1,093 orang penagih dadah merupakan kes baharu dan yang selebihnya kes berulang.

Tambah Idris, Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai portfolio anti-dadah di bawah satu jawatan Exco dan timbalan Exco dan ini bukti betapa Melaka menyokong kempen anti-dadah dalam memastikan ia bebas daripada masalah sosial disebabkan oleh dadah.

“Kejayaan hanya boleh dicapai jika semua pihak bekerjasama dan memberi sokongan tidak hanya mengharap kepada kerajaan persekutuan tetapi perlu disokong oleh masyarakat setempat,” ujar Idris.

 

Tinggalkan komen anda