Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Pesawat Bombardier Digunakan Padam Kebakaran Gunung Baling

By 12 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azfariza Ismail/ Siti Yusmila Yusof/ Mahazir Abu Hassan (Baling)

BALING, 12 Feb (Malaysiasiaaktif) — Ekoran daripada kebakaran yang berlaku di puncak Gunung Baling semalam, pemantaun terus dilakukan oleh pihak berkuasa sehingga akhirnya pada kira-kira pukul 4.00 petang tadi langkah lebih berkesan untuk mengawal kebakaran yang semakin merebak diusahakan.

Menurut pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Baling, pihak berkuasa tempatan mendapat bantuan helikopter dari Unit Udara Bomba Kepala Batas dan sebuah pesawat Bombadier CL-415 dari Sungai Besi, Kuala Lumpur.

 

14155d0c-a8aa-4490-827b-df397420bfcb

Pesawat Bombadier mengambil air di Tasik Beris, Sik.

8faef03b-7887-4dda-a544-05d4ccc5c44b

 

Pesawat Bombadier bertindak menggugurkan air dari udara, manakala helikopter berlegar di sekitar kawasan bagi memantau operasi tersebut.

Air yang digunakan oleh pesawat Bombardier diambil dari Tasik Beris, Sik yang terletak kira-kira 30km dari Baling dan mengambil masa kira-kira 20 minit.

Berikutan kejadian ini juga, pihak Bomba dan Penyelamat yang mengetuai operasi ini telah membuka Bilik Gerakan bertempat di Kampung  Lubuk Pedati yang terletak tidak jauh dari kaki Gunung Baling.

 

Tinggalkan komen anda