Skip to main content
EkonomiHomeViralWilayah Persekutuan

Kementerian Sasar Bina 50,000 Rumah Mampu Milik

By 13 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sazaki Abdul Rahman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Malaysiaaktif) — Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan pembinaan 50,000 unit rumah mampu milik menjelang akhir tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berkata demikian ketika merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Perpustakaan 1Malaysia, Lembah Pantai di sini pagi tadi.

 

IMG_6555

 

Menurutnya sehingga kini sebanyak 36,000 unit rumah telah mula dibina. Antara projek tersebut ialah Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Tambahnya, projek perumahan berkenaan akan dibina di beberapa lokasi iaitu di Kampung Pandan, Cheras, Kampung Keramat dan Segambut.

Tengku Adnan juga berkata kementeriannya mempertimbangkan untuk melaksanakan program sewa dan beli bagi menggalakkan lebih ramai rakyat, terutamanya golongan muda memiliki rumah selain membantu menyelesaikan masalah rakyat dalam pemilikan rumah iaitu sukar mendapatkan pinjaman walaupun ada duit.

 

Tinggalkan komen anda