
Oleh Sharifah Ithnin & Rosidah Saarani (Melaka)
Melaka 27 Feb – Sambutan Hari Peringatan Sedunia Persatuan Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2016 telah berlansung tadi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh.
Dianggarkan seramai 1500 orang peserta telah turut serta dalam majlis ini yang terdiri daripada Yang Dipertua Cawangan, Ketua Pesuruhjaya Awangan dan ahli pandu puteri dan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Pandu Puteri Malaysia, Datuk Seri Utama Rosmah Mansor.
“Semenjak Persatuan Pandu Puteri ditubuhkan 100 tahun yang lalu, ia telah menyediakan platform kepada anak-anak gadis dengan pelbagai program pendidikan dan latihan kepanduan” katanya.
Selain itu, beliau juga berharap agar tema Connect Hari Peringatan Sedunia tahun 2016 akan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh 100,000 ahli pandu puteri seluruh negara.
Majlis ini turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris bin Haron dan isteri Datin Seri Datuk Wira Hajjah Fadilah Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri dan EXCO Kerajaan Negeri Melaka.