Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Gejala Penagihan Dadah Boleh Capai Tahap Epidemik

By 28 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Baharruddin Mohamad (Lawas)

LAWAS, 28 Feb (Malaysiaaktif ) — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan sambutan Hari Anti-Dadah Kebangsaan 2016 bertema ‘ Sayang Dirimu’ bertempat di Taman Aman Lawas.

Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 5,000 orang itu Ahmad Zahid memberi amaran serta peringatan kepada semua lapisan masyarakat tentang bahaya dadah sebagai musuh nombor 1 negara.

Amaran dan peringatan ini dibuat secara berterusan kerana penagihan dadah dalam negara boleh mencapai tahap epidemik, sekiranya langkah-langkah tegas tidak diambil untuk membanterasnya.

Di samping itu sasaran utama penagih dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara dimasa hadapan. Dalam pada itu juga penagihan dan pengedaran dadah yang berleluasa boleh mengacam kesejahteraan sosio ekonomi, rohani, budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional.

Beliau menjelaskan pada 2015 seramai 26,668 orang penagih telah dikesan. Daripada jumlah tersebut 76.1% merupakan penagih baharu dan 23.9% penagih berulang. Sebanyak 73.4% daripada merupakan mereka yang terdiri daripada golongan yang berumur 18 hingga 39 tahun.

Sebelum ke majlis tersebut Ahmad Zahid  melawat pembinaan projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM500,000 telah diluluskan untuk projek tersebut bagi 2016 yang kini di peringkat reka bentuk oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut beliau, tender akan dibuka pada April 2017 sementara pembinaan memakan masa selama dua tahun dan dijangka siap pada Jun 2019.

Pada sebelah petang beliau ke majlis perasmian Sekolah Kebangsaan Sundar Lawas Sarawak.

 

Tinggalkan komen anda