
Oleh Siti Rasidah Abd Musa & Muhammad Zairin Muhammad Zin (Shah Alam)
SHAH ALAM, 26 Feb (Malaysiaaktif) — Kumpulan Media Karangkraf menganjurkan Karnival Karangkraf 2016 yang bermula hari ini hingga 28 Februari.
Karnival disempurnakan tengahari tadi di Kompleks Media Karangkraf Seksyen 15 di sini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tuan Said Keruak.
Dalam ucapannya beliau, merujuk kepada tiga cara untuk memperoleh ilmu, iaitu melalui membaca, pengalaman dan pemerhatian. Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa negara hanya boleh bertahan jika melahirkan masyarakat berilmu yang boleh membuat pertimbangan wajar untuk pemilihan tepat.
Sempena kehadirannya, Salleh turut merasmikan Portal GPS,’gpsbestari.com’ yang fokus kepada guru, pelajar dan sekolah.
Karnival Karangkraf kali kelapan yang berkonsepkan ” Sukan dan Masyarakat” ini turut diisi dengan promosi buku dan majalah terbitan Karangkraf, temu mesra dengan penulis novel dan pelbagai acara lain.