Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Bantuan Segera Mangsa Ribut Kg. Delek, Kg Sungai Sirih     

By 26 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norieza Abd Ghafar (Klang)

KLANG, 26 Feb (Malaysiaaktif) — Bilik Gerakan Operasi Bencana dibuka segera bagi menempatkan mangsa bencana ribut yang melanda Kampung Delek dan Kampung Sungai Sireh kelmarin. Pusat berkenaan turut menyediakan perkhidmatan empat kumpulan tukang bagi membantu membaiki rumah yang mengalami kerosakan.

Ribut dari pukul 7.45 hingga 8.00 malam itu menyebabkan kerosakan kepada sejumlah 23 buah rumah di kedua-dua kampung dan memberi kesan kepada seramai 86 orang penduduk daripada 23 keluarga.

Kebanyakan rumah yang terkesan mengalami kerosakan di bahagian bumbung yang tercabut diterbangkan angin kuat.

 

20160226002647 (1)

 

Gerak kerja baik pulih dilakukan semalam dan keutamaan diberikan kepada penduduk yang mempunya ahli keluarga kurang upaya serta uzur. Kerja baik pulih bagi kesemua rumah dijangka siap selewat-lewatnya Ahad ini.

Salah seorang penerima bantuan, Turiah Md Jaya, berkata rumahnya mengalami kerosakan teruk, terutama di bahagian ruang tamu dan bumbung bahagian anjung rumah.

Sementara itu, hari ini, Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Hj Noh Omar dalam lawatannya telah memyumbang sebanyak RM40 ribu serta sumbangan peribadi RM20 ribu bagi membantu mangsa.

Untuk rekod, bantuan awal dan tindakan segera digerakkan oleh jentera UMNO Bahagian Kapar serta dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kg. Delek.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Syuhaidi Hj. Surani, Ketua MIC Bahagian Kapar Gobalakrishnan a/l Mariappan dan Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Klang Umar Zakir Sayuti.

Tinggalkan komen anda