Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Karnival Karangkraf Ke-8 Terus Pupuk Budaya Membaca

By 26 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Siti Rasidah Abd Musa & Muhammad Zairin Muhammad Zin (Shah Alam)

SHAH ALAM, 26 Feb (Malaysiaaktif) — Kumpulan Media Karangkraf menganjurkan  Karnival Karangkraf 2016 yang bermula hari ini hingga 28 Februari.

Karnival disempurnakan tengahari tadi di Kompleks Media Karangkraf Seksyen 15 di sini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tuan Said Keruak.

Dalam ucapannya beliau, merujuk kepada tiga cara untuk memperoleh ilmu, iaitu melalui membaca, pengalaman dan pemerhatian. Sehubungan itu, beliau menekankan bahawa negara hanya boleh bertahan jika melahirkan masyarakat berilmu yang boleh membuat pertimbangan wajar untuk pemilihan tepat.

Sempena kehadirannya, Salleh turut merasmikan Portal GPS,’gpsbestari.com’ yang fokus kepada guru, pelajar dan sekolah.

Karnival Karangkraf kali kelapan yang berkonsepkan ” Sukan dan Masyarakat” ini turut diisi dengan promosi buku dan majalah terbitan Karangkraf, temu mesra dengan penulis novel dan  pelbagai acara lain.

 

Tinggalkan komen anda