Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kayuhan Beca Dari Melaka Ke Padang Besar Perlis

By 23 Februari 2016Februari 25th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Hatta Johari (Melaka)

 AYER KEROH, 23 Feb (Malaysiaaktif) — Kelab Pemilik Beca Negeri Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tourism Melaka telah menganjurkan Program Jelajah Beca 1 Malaysia 2016 Selasa lepas di Seri Bendahara.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron merasmikan program tersebut yang bermula dari Melaka ke Padang Besar, Perlis. Ia merupakan kayuhan beca oleh belia Kelab Pemilik Beca Melaka. Kayuhan sejauh 747 kilometer itu akan mengambil masa selama 13 hari.

Laluan jelajah ini akan melintasi lapan buah negeri dan dijadualkan tiba di Padang Besar pada 6 Mac 2016. Program ini dijangka dapat mempromosikan Melaka sebagai negeri pelancongan sekaligus menarik pelancong ke sini.

Turut hadir di pelepasan tersebut SUK Negeri Melaka, Datuk Wira Hj Naim Abu Bakar, dan EXCO Pelancongan, Datuk Hj Ghazale Muhammad.

 

Tinggalkan komen anda