Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Banjir Di Alor Gajah Semakin Pulih, Empat Pusat Ditutup

By 8 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ahmad Farid Abu Dzarim & Nurhafif Zainurdin (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 8 Feb (Malaysiaaktif) — Banjir di Alor Gajah semakin pulih dengan empat pusat pemindahan telah ditutup setakat pukul 4.00 petang tadi.

Menurut sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Alor Gajah, Leftenan Muda (PA) Mohammad Fairul Asikin Kadir, pusat pemindahan yang ditutup ialah di Balai raya Beringin pada pukul 10.00 pagi, Sekolah Kebangsaan Gangsa pukul 2.00 petang, Balai raya Taman Seri Bayu pukul 3.00 petang dan Sekolah Menengah Seri Pengkalan pukul 3.30 petang.

 

20160208002815

 

Menurut beliau lagi setakat ini dua pusat pemindahan banjir masih beroperasi, iaitu di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam dan Balai raya Bukit Balai Durian Tunggal yang menempatkan seramai 359 orang daripada 88 keluarga.

Tinjauan Malaysiaaktif di beberapa kawasan mendapati kebanyakan mangsa sudah mula mengemaskan rumah masing-masing dengan dibantu agensi dan sukarelawan.

 

Tinggalkan komen anda