Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Perjumpaan ADUN/ Jemaah Pemangku Sultan Berakhir

By 1 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

ALOR SETAR, 1 Feb (Malaysiaaktif) — Pertemuan di antara Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan para Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional berakhir selepas kurang daripada tiga jam.

Pengerusi Jemaah,Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku Sallehudin Sultan Badlishah dilihat meninggalkan Wisma Darul Aman pada pukul 5.25 tadi.

Beliau berjalan ke arah keretanya bersama Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan kemudian masing-masing beredar  pada masa yang sama melalui pintu tepi bagi mengelakkan media.

Timbalan Pengerusi UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kemudian menyusul dan meninggalkan lokasi pada kira-kira pukul 6.00 petang.

Beliau enggan membuka tingkap kereta atau pun melayan segala soalan yang diajukan pemberita.

Pada pukul 6.15 petang, ahli exco negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail meninggalkan Wisma Darul Aman. Beliau juga enggan memberi sebarang komen kepada media.

Pada pukul 6.20 petang, Tengku Panglima Besar Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz dan rombongannya dilihat meninggalkan Wisma Darul Aman.

Tiada pengumuman dibuat sehingga kini.

 

Tinggalkan komen anda