Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeMelakaViral

RTC Sungai Rambai Bantu Jana Pendapatan Penduduk

By 26 Februari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 26 Feb (Malaysiaaktif) – Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Rambai, Lebuh raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) merupakan lokasi tepat untuk penduduk sekitar Muar dan Merlimau yang ingin mendapatkan perkhidmatan atau berurusan dengan agensi kerajaan dengan mudah.

Tinjauan Malaysiaaktif  pagi tadi mendapati banyak agensi kerajaan telah mula beroperasi, begitu juga gerai-gerai usahawan kecil yang mengambil peluang untuk berniaga di sini sejak ia dibuka pada 1 Disember 2015.

 

AoL2ZDk3RKETNFCUUrT8XqtgOsXf5CbVplStgMC6qONs

 

Peniaga, Norsafiah Mohd Nor, 33, melahirkan rasa syukur kerana pihak pengurusan RTC membuka peluang kepada beliau memperoleh pendapatan sampingan bagi membantu suami dengan nilai sewa percubaan serendah RM150.00 bagi enam bulan pertama.

“Sebelum ini kami hanya berjualan secara atas talian sahaja, tetapi sekarang dengan membuka gerai disini, jumlah pelanggan meningkat,” katanya.

Bagi peniaga Wilda Muliadi, 38, yang baharu dua minggu berniaga makanan ringan berkata dia mengetahui tentang pelawaan untuk membuka gerai di sini melalui Persatuan Usahawan Sungai Rambai.

 

AmU9LsLDTCi_3fH4Mr0tOOtKDGtQnXc-az8K52WqsZRA

 

“Kita menjangkakan publisiti tentang RTC ini akan lebih meluas selepas majlis perasmian kerana lebih ramai penduduk, termasuk  dari Johor dan Merlimau maklum akan perkhidmatan yang disediakan di sini, sekali gus membantu kami sebagai peniaga kecil,” ujar Wilda.

“Saya dan ibu saya pertama kali datang sini dan kami rasa RTC Sg Rambai menyediakan perkhidmatan sebaik UTC kerana prasarana yang lengkap dan persekitaran yang bersih,” jelas pengunjung Emmy Farina Zainuddin, 29, dari Kampung Kandang.

 

ApPkraYMwFRtaJHgOgRmUBVk9qd4r97PxmHCv0IyfpVi

 

Namun begitu, beberapa orang pengunjung dan peniaga berharap agar pihak pengurusan dapat menyediakan perkhidmatan wifi dan menambah jumlah agensi yang menawarkan perkhidmatan, termasuk Pejabat Pos, perpustakaan, Pusat Zakat, Biro Pengaduan Awam. Mereka juga mencadangkan dibuka kiosk urut refleksologi dan bekam dalam pelan Fasa ke-2 pada Jun akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan merasmikan RTC ini pada 4 Mac.

 

Tinggalkan komen anda