Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Beberapa Sekolah Pulau Pinang Anjur Solat Sunat Gerhana

By 9 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhamad Zaini Dollah / Salawati Mat Shariff (Pulau Pinang)

KEPALA BATAS, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Seluruh Malaysia dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa pada hari ini. Gerhana matahari berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan matahari dilindungi atau dihalang oleh bulan menuju ke bumi. Kali terakhir penduduk Malaysia menyaksikan fenomena ini adalah pada tahun 2010 dan gerhana berlaku sekali lagi pada hari ini.

Seluruh rakyat Malaysia dapat menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini. Turut tidak ketinggalan pelajar sekolah SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan peristiwa yang jarang-jarang berlaku ini.

Seramai 300 orang pelajar sekolah tersebut telah mengambil bahagian dalam aktiviti mencerap dan mengerjakan Solat Sunat Gerhana ini yang diimamkan oleh Ustaz Rizal Abu Hassan manakala khutbah disampaikan oleh Ustaz Nizam Khilmi.

 

gerhana6

 

Menurut Sharifah, Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia SMK Datuk Haji Abdul Kadir, kali terakhir fenomena ini berlaku ialah pada tahun 2010 iaitu hampir 6 tahun yang lalu.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad turut mengadakan Solat Sunat Gerhana sebentar tadi. Seramai 854 pelajar dan 46 orang guru telah menunaikan solat hajat tersebut yang diimamkan oleh Haji Marzuki Ishak. Bacaan khutbah pula telah disampaikan oleh Ustaz Haji Muhammad Ramli Ariffin.

Menurut Guru Penyelaras Kelab 1Malaysia, Nur Syakinah Abdullah, 29, galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini adalah berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali”.

Para pelajar turut  menyaksikan Gerhana Matahari dengan aktiviti cerapan dengan menggunakan penapis khas matahari.

 

Tinggalkan komen anda