Skip to main content
Berita TempatanSabah

MESEJ Basmi Kemiskinan Tegar, Bela Nasib Rakyat

By 9 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Zuraidah Ahmad & Johny George Kimlon (Sabah)

SIPITANG, SABAH, 9 Mac (Malaysiaktif) –? Mini Estet Sejahtera (MESEJ) adalah antara agenda berterusan kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar dan  membela nasib rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata ia merupakan projek pembasmian kemiskinan secara holistik untuk membolehkan golongan sasar menikmati kemudahan kediaman dan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan yang mapan.

“Sebagai kerajaan prihatin dan bertanggungjawab, kita tidak pernah berhenti berusaha membantu rakyat.

“Walaupun kita tidak dapat membantu rakyat sekaligus dalam masa singkat, tetapi komitmen itu berterusan dan keutamaan, perancangan serta peruntukan yang ada kita salurkan kepada rakyat.

“Kerajaan membelanjakan berjuta ringgit bagi mewujudkan projek-projek MESEJ di seluruh Sabah yang  bertujuan memastikan golongan miskin tegar dapat hidup dengan selesa dan produktif.

“Oleh itu,  kita minta semua peserta terpilih menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan usaha kerajaan ini tidak sia-sia,” katanya ketika berucap merasmikan MESEJ Banting dan Penyerahan Geran Komunal Kg Iburu, di sini, pagi kemarin.

Pada majlis itu, Musa menyampaikan kunci rumah kepada 33 Ketua Isi Rumah Termiskin (KIRT) yang telah  berdaftar di bawah e-Kasih dan akan berkerja serta tinggal di kawasan tersebut.

Beliau turut menyerahkan geran komunal kepada wakil Kg Iburu yang turut memanfaatkan 191 penduduknya.

Menurut Musa, MESEJ Banting merupakan salah satu daripada 52 MESEJ di Sabah dengan keluasan lebih kurang 98 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit.

Jelas beliau, geran komunal membawa banyak kebaikan khususnya kepada Anak Negeri Sabah.

Selain mempertahankan kepentingan anak negeri ke atas tanah di kawasan mereka, pengagihan dilakukan secara telus dan menangani masalah pertindihan permohonan tanah bagi pembangunan secara bersepadu.

Tambah beliau, konsep pembangunan itu juga dapat mengurang dan menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah untuk rakyat dan  membolehkan para benefisiari meningkatkan taraf sosio-ekonomi menerusi projek-projek peningkatan kesejahteraan rakyat.

Sejurus selesai merasmikan program berkenaan, beliau mengadakan lawatan ke Tapak Projek Sabah Amomonia Urea (SAMUR) dan bertemu rakyat dalam Program Walkabout di Esplanade Pekan Sipitang.

 

Tinggalkan komen anda