Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jamal Yunos Bersama Beberapa NGO Selangor Ikrar Sokong Najib

By 9 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Siti Rasidah, Mohamad Zairin, Jaitripta Kaur (Shah Alam)

SHAH ALAM, 9 MAC 2016 (Malaysiaaktif) — Sekumpulan NGO Selangor semalam membuat satu deklarasi menyuarakan sokongan kepada Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menolak deklarasi Rakyat yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Deklarasi itu menyatakan lafaz ikrar taat setia tanpa berbelah bahagi dan menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan dipilih secara sah oleh rakyat mengikut Perlembagaan Negara.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md. Yunos Deklarasi yang mengetuai kumpulan berkenaan menegaskan bahawa dia akan mengumpul seramai 5,000 orang ahli NGO dari seluruh Malaysia dalam masa terdekat untuk menyampaikan deklarasi tersebut ke tangan bekas Perdana Menteri itu.

 

Tinggalkan komen anda