
Oleh Jamilah Sulaiman Nasution (Seremban)
SEREMBAN, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Masalah disebabkan longkang tersumbat di sekitar kawasan Kampung Dusun Nior di sini semakin rumit apabila berlaku hakisan dan persekitaran yang dipenuhi semak dan rumput.
Keadaan yang berlarutan sejak sekian lama ini akhirnya menggerakan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Dusun Nyior membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS).
Menurut seorang ahli JKKK, Amir Hamzah Ahmad, kali terakhir masalah tersebut ditangani ialah pada 2004 dan kini, selain limpahan dari longkang serta semak samun, ia juga menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, terutama semasa musim panas.
Turut terkesan, kawasan Jalan Dusun Nyior 3.