Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelakaViral

Aedes Tetap Mengganas di Cuaca Panas

By 18 Mac 2016Mac 20th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Fauzrina Hj Bulka & Sharifah Ithnin

MELAKA, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Ketika negara menghadapi cuaca panas dengan fenomena El Nino, rakyat menghadapi satu lagi bencana iaitu penularan demam denggi apabila nyamuk aedes pembawa penyakit itu mengalami perubahan tingkah laku dan kitaran hayat.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kawalan Penyakit Bawaan Vektor (CKPBV), Dr Siti Halimah Syed Sheikh berkata cuaca panas ini mendorong nyamuk aedes menjadi lebih agresif dan mempunyai kitaran hayat yang pendek berbanding biasa.

“Telur nyamuk mampu bertahan selama enam bulan dalam keadaan kering dan tempoh kitaran hayat bagi seekor nyamuk adalah seminggu tapi mungkin akan kurang daripada itu dalam cuaca yang panas ini,” ujar beliau dalam Program Latihan Komunikasi Pencegahan dan Kawalan Denggi Peringkat Negeri Melaka di Wisma Persekutuan pagi tadi.

“Selain menggunakan temephos (ubat jentik-jentik) untuk membunuh jentik-jentik, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengeluarkan produk inovasi untuk mengawal nyamuk Aedes Aegypti serta jentik-jentik iaitu perangkap yang dinamakan Malaysian Mosquito Autocidal Trap (MyMAT),” ujar Ahli Kaji Serangga, Fadzillah Abdul Jaafar.

Mosquito Autocidal Trap (MyMAT) - Sumber foto daripada Google

Malaysian Mosquito Autocidal Trap (MyMAT) – Sumber foto daripada Google

Fadzillah mengesyorkan setiap rumah menyimpan sebuah unit MyMAT bagi membantu mengawal nyamuk aedes kerana ianya murah, mudah dikendali dan diselenggarakan.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan, Iskandar Sah Mohd Sah berkata pegawai kesihatan akan menjalankan pemeriksaan tanpa notis di rumah-rumah sehingga jam 10 malam dan masyarakat digesa untuk memberi kerjasama. Sekiranya terdapat bantahan, surat saman akan dikeluarkan.

Menurut Iskandar, lebih daripada 400 kes telah dikendalikan di Melaka bermula awal tahun 2016 sehingga hari ini.

Tinggalkan komen anda