Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Mek Kelate Pasir Mas Cantik Belako…Betul?

By 3 Mac 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan/foto: Norlida Abdullah/Yuslina  Ibrahim/Siti Noor Asmani Che Mat Salleh (Pasir Mas)

PASIR MAS 3 Feb (Malaysiaaktif) — Pasir Mas, sebuah daerah di bahagian barat negeri Kelantan yang bersempadan dengan pekan Sungai Golok, Thailand sejak zaman dahulu sinonim dan terkenal dengan kecantikan wanitanya – atau pun setidak-tidak itulah persepsi popular yang dipegang sejak sekian lama.

Andaian ini bertapak kerana kebanyakan wanita  yang berasal dari daerah ini cantik dengan perawakan kacukan, hidung mancung, mata bundar dan kulit putih bersih. Gelaran ‘cek mek molek, comey lotey’ dari Pasir Mas dikatakan mampu mencairkan hati mana-mana  lelaki yang melihatnya.

Bagaimana pun, sejauh mana kebenaran tanggapan ini masih diperbahaskan.

Berdasarkan sejarah yang sering diceritakan oleh orang tua di sini, kecantikan wanita Pasir Mas ada kaitannya dengan legenda Puteri Sa’adong dan Cik Siti Wan Kembang yang merupakan pemerintah wanita Kerajaan Kelantan pada abad ke-15 dan 16.

Kedua-dua pemerintah ini digambarkan sebagai wanita yang cantik, perkasa dan bijaksana. Diriwayatkan juga bahawa wanita-wanita yang cantik dari daerah Pasir Mas merupakan warisan zuriat Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Sa’adong. Namun, menurut orang tua di sini, kedua-dua pemerintah ini dikatakan tidak mempunyai zuriat kerana Puteri Sa’adong adalah anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang. Puteri Sa’adong juga tidak mempunyai zuriat dengan Raja Abdullah.

Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa kecantikan wanita Pasir Mas kebanyakannya dipengaruhi oleh proses kahwin campur di antara gadis tempatan dengan pedagang-pedagang dari Arab, Pakistan, Thailand, China dan India yang berniaga di Pasir Mas suatu ketika dahulu.

Menurut Hasanah Maidin, 34, yang mengurus sebuah restoran di pekan Pasir Mas, rata-rata wanita cantik ini datangnya dari keluarga yang berdarah campuran atau kacukan. Dia sendiri  sebagai anak jati Lati, Pasir Mas yang juga berdarah campuran Melayu-India turut menyatakan kebanyakan wanita cantik di Pasir Mas jarang dapat dilihat berpeleseran kerana faktor-faktor keselamatan diri, adat dan budaya tertentu keluarga yang dipegang sejak sekian lama.

Dia berkata terdapat dalam kalangan artis tempatan tanah air anak jati Pasir Mas yang terkenal dengan wajah cantik, seperti Nealofa, Mawar Rashid dan Syarifah Syahirah. Namun demikian, menurutnya, kecantikan seseorang wanita itu adalah sesuatu yang subjektif. Ia bergantung kepada cara pembawaan setiap wanita itu. Kunci utama bagi menyerlahkan kecantikan setiap wanita adalah bersih jiwa dan sentiasa melemparkan senyuman, ujar Hasanah lagi sambil tersenyum.

 

Tinggalkan komen anda