Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeNegeri SembilanViral

Negeri Sembilan Tangani Masalah Nelayan Zon A, B, C

By 30 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Malini Md Yunos (Port Dickson) / Foto: Aziz AS

PORT DICKSON, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri akan mengambil langkah penambahbaikan terhadap isu melibatkan nelayan dan meneruskan pemberian subsidi petrol dan diesel.

Selain itu, kerajaan juga telah menaikkan bantuan sara hidup nelayan dari RM200 kepada RM300 sebulan bagi nelayan di zon A, iaitu nelayan laut, manakala bagi nelayan zon B dan C, iaitu nelayan sungai dan darat, bantuan sara hidup dinaikkan dari RM200 kepada RM250.

Persatuan nelayan juga menerima imbuhan sebanyak RM30,000 dalam bentuk geran daripada syarikat Jimah Power yang membangunkan kawasan persisiran pantai bagi projek bekalan tenaga elektrik.

 

IMG-20160329-WA0017

 

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Negeri Sembilan Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar ketika merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan ke-38 Persatuan Nelayan Daerah Port Dickson di sini semalam.

Beliau juga memaklumkan Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson yang mempunyai keahlian seramai 390 orang telah mengemukakan satu memorandum kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan untuk memohon tanah bagi pembinaan perumahan nelayan dan mendesak dihentikan projek penambakan laut dan penebangan hutan bakau yang boleh menjejaskan ekosistem dan pembiakan ikan.

Mereka juga meminta dibina sebuah pengkalan nelayan yang tetap, selain menggesa supaya semua projek pembangunan di Port Dickson diletakkan di satu tempat supaya nelayan dapat menangkap ikan di kawasan yang diwartakan.

 

Tinggalkan komen anda