Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

FitMalaysia Melaka Sasar 10,000 Peserta

By 30 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Ahmad Farid Bin Abu Dzarim / Nur Hafif Zainurdin (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Program FitMalaysia Peringkat Negeri Melaka yang dijadual berlangsung pada 10 April ini di Taman Rekreasi Beringin, Masjid Tanah menyasarkan penyertaan seramai 10,000 peserta seluruh Melaka.

Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu merupakan sebuah platform bagi menyatupadukan rakyat di negeri ini dalam aktiviti riadah dan sukan di samping memupuk minat untuk bersukan dan menjaga kesihatan.

Program yang tidak mempunyai yuran peyertaan ini bakal dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Sodikin Bin Ali, pelbagai program telah dirangka bagi mempromosi aktiviti sihat di kalangan rakyat di negeri ini. Antara acara utama yang bakal menjadi tumpuan ialah FitMalaysia Run 5km dan 10km dan FitMalaysia Ride 10km dan 30km. Mereka yang berminat menyertai acara ini boleh melayari laman web rasmi atau Facebook Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.

 

Tinggalkan komen anda