Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Hospital Kluster di Melaka Bantu Tangani Masalah Pesakit Ramai

By 30 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka) / Foto: Pejabat Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Pewujudan hospital kluster bertujuan mengurangkan masalah pesakit yang terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Sehubungan itu, menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, hospital kluster dapat mengoptimumkan kemudahan hospital daerah berpandukan konsep perkongsian tenaga, termasuk doktor, doktor pakar dan kelengkapan.

Tambah beliau, antara khidmat pakar yang dipilih dalam program kluster termasuk pembedahan plastik dan perkhidmatan ortopedik.

“Tiga faktor yang menyebabkan pesakit menggunakan khidmat kesihatan di negeri ini ialah kerana kos yang rendah berbanding negara jiran, faktor komunikasi serta kemudahan rawatan perubatan terbaik,” jelas Idris.

Katanya, pelancong kesihatan telah menjana pendapatan sebanyak RM68.7 juta untuk negeri Melaka tahun lepas dengan pesakit dari Indonesia paling ramai mendapat rawatan, iaitu sejumlah 79,526 orang dengan pendapatan RM67 juta.

Idris berkata kebanyakan hospital swasta di negeri Melaka bertaraf antarabangsa dan memenuhi piawaian MS ISO 9002, selain mendapat  dan pengiktirafan kualiti dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH).

Beliau berkata demikian semasa majlis pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Ke-13 di Seri Negeri hari ini.

 

Tinggalkan komen anda