
Laporan / Foto: Anuar Che Amat (Kangar)
KANGAR, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Adik Hadijah Binti Mohamad Asri yang memperoleh keputusan 11 A+ dan 1A di umumkan sebagai Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bagi negeri Perlis. Pengumuman dibuat oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Haji Azmi Ismail, sebentar tadi.
Hadijah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran yang di ambil.
Sementara itu, Azmi turut mengumumkan lapan buah sekolah menengah yang menunjukkan prestasi terbaik bagi peperiksaan SPM, iaitu Sekolah Derma dengan 18 calon cemerlang, Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar, 10 orang, Sekolah Menangah Sains Tuanku Syed Putra, tujuh orang, SMK Tuanku Lailatul Shahreen, dua orang, manakala SMK Perlis, SMK Padang Besar Utara, SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah dan SMK Tengku Sulieman masing-masing seorang.
Beliau berkata, seramai 41 orang calon memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2015 di negeri Perlis dengan mendapat Gred A+, A dan A-. Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiskaasan SPM pada 2015 ialah seramai 3500.
Azmi berkata Indeks Gred Purata Nasional (GPN) bagi 2015 adalah 5.41 berbanding 5.31 pada 2014 iaitu penurunan sebanyak 0.10.