Skip to main content
Berita UtaraHomePerlisViral

Pelajar SMKA Perempuan Kangar Dapat Semua ‘A’ Dalam SPM

By 3 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / Foto: Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 3 MacĀ  (Malaysiaaktif) – Adik Hadijah Binti Mohamad Asri yang memperoleh keputusan 11 A+Ā  dan 1A di umumkan sebagai Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bagi negeri Perlis. Pengumuman dibuat oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Haji Ā Azmi Ismail, sebentar tadi.

Hadijah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran yang di ambil.

Sementara itu, AzmiĀ  turut mengumumkan lapan buah sekolah menengah yang menunjukkan prestasi terbaik bagi peperiksaan SPM, iaitu Sekolah Derma dengan 18 calon cemerlang, Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar, 10 orang, Sekolah Menangah Sains Tuanku Syed Putra, tujuh orang, SMK Tuanku Lailatul Shahreen, dua orang, manakalaĀ  SMK Perlis, SMK Padang Besar Utara, SMK Raja Puan Muda Tengku Fauziah dan SMK Tengku Sulieman masing-masing seorang.

Beliau berkata, seramai 41 orang calonĀ  memperoleh keputusan cemerlangĀ  dalam SPM 2015 di negeri PerlisĀ  dengan mendapat Gred A+, A dan A-.Ā  Jumlah keseluruhan calonĀ  yang menduduki peperiskaasan SPM pada 2015 ialah seramai 3500.

Azmi berkata Indeks Gred Purata Nasional (GPN)Ā  bagi 2015 adalah 5.41 berbanding 5.31 pada 2014 iaitu penurunan sebanyak 0.10.

 

Tinggalkan komen anda