Oleh Mohamad Fadzli Mohammed Amir (Port Dickson)
PORT DICKSON, 3 Mac (Malaysiaaktif) — Seramai 25 orang asnaf fakir dan 30 orang ahli kariah Masjid Jamek Daerah Port Dickson dianugerahkan sijil penghargaan kerana berjaya mengikuti Kelas Tahsin Asnaf Fakir Miskin anjuran Pejabat Baitulmal Daerah Port Dickson.
Menurut Pegawai Baitumal Daerah Port Dickson, Jumiatul Adwiyah Ismail, dalam kelas ini penerima bantuan asnaf fakir miskin dibimbing membaca Al Quran, melakukan solat dengan betul, selain diberikan takzirah.
Kelas ini diwujudkan bagi mendidik aspek rohanian dalam diri asnaf fakir miskin. Ia merupakan satu insentif Pejabat Baitumal Daerah Port Dickson bagi membantu mereka, selain dari segi kewangan semata-mata.
Menurut Jumiatul Adwiyah, kelas tahsin yang juga terbuka kepada anggota bukan asnaf diadakan dua kali seminggu pada setiap Selasa dan Khamis dari pukul 9.00 hingga 11.00 pagi pagi di bilik kuliah Masjid Jamek Port Dickson.