Skip to main content
Berita TempatanJohor

Seminar Penjelasan Isu Keluarga Islam Di Batu Pahat

By 3 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 3 Mac (Malaysiaaktif)  – Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Daerah Batu Pahat telah menganjurkan Seminar Penjelasan Isu-Isu Kekeluargaan Islam di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Batu Pahat pada pagi tadi. Seminar yang bermula jam 9.00 pagi itu, telah dihadiri Ketua-Ketua Jabatan, Pemimpin-Pemimpin Masyarakat, Imam-Imam Masjid, Ahli-Ahli PUSPANITA dan HELWA Daerah Batu Pahat.

Seminar tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Azhar Samidi. Ahli panel terdiri daripada Pegawai Khidmat Nasihat Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru,Ustaz Fakhrurrazi Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, Haji Khaldun Mohd Shariff, dan Haji Ridzuan Zainuddin dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Johor.

Seminar tersebut menjelaskan kepada masyarakat peranan dan tanggungjawab Khidmat Nasihat Pejabat Kadi Daerah juga bantuan yang boleh masyarakat perolehi dari Jabatan Bantuan Guaman. Ahli-Ahli panel juga menjawab persoalan yang diajukan berkaitan masalah kekeluargaan.

Sejurus itu, Majlis Perasmian Penutup Seminar Penjelasan Isu-Isu  Kekeluargaan Islam ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor selaku wakil rasmi  Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor Haji Ramli Jusoh. Turut hadir Pegawai Daerah Batu Pahat, Haji Mohd Halim bin Hasbullah  dan Kadi Daerah Batu Pahat, Haji Baharin Jalal .

 

Tinggalkan komen anda