Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Pelajar Tahfiz Bukan Pelajar Kelas Kedua

By 25 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Norlida Abdullah/Mohd Suhaidi Mat Jusoh/Siti Noor Asmani Mat Salleh/Yuslina Ibrahim (Pasir Mas)

PASIR MAS, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Sekolah pondok, sekolah agama, pesantren dan pusat tahfiz sering kali dikaitkan dengan sukatan pelajaran berorientasikan agama Islam sahaja. Pelajar-pelajar lepasan institusi ini juga menjadi sasaran tanggapan lulusan kelas kedua.

Menurut Mudir Pusat Tahfiz Al-Balaghulmubin Tok Uban di sini, Ustaz Zulkifli Shafii, 53, walaupun pada asasnya pusat ini adalah sebagai pusat hafalan al-Quran, namun penuntut-penuntut masih diberi ruang untuk belajar di sekolah aliran sekular.

 

20160325002044

 

“Waktu siang mereka ke sekolah seperti biasa di kawasan sekitar dan mengikuti kelas hafalan al-Quran pada sebelah petang dan malam. Jadual sebegini dirangka bagi memastikan pelajar-pelajar tidak tercicir dengan pendidikan formal di sekolah biasa,” jelas beliau.

Pusat Tahfiz Al-Balaghulmubin kurang popular dalam kalangan masyarakat Kelantan berbanding pusat-pusat tahfiz lain, seperti Ma’ahad Tahfiz Perempuan Kota Bharu, Ma’ahad Tahfiz Al-Manar Pasir Puteh ataupun Ma’ahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

 

20160325002044 (1)

 

Pusat Tahfiz Al-Balaghulmubin, Tok Uban dibina sekitar tahun 80an dengan kos RM10 juta hasil sumbangan Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin III, ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang. Konsep pembinaan pusat tahfiz ini diilhamkan oleh Sultan Brunei sendiri verdasarkan ciri-ciri reka bentuk Masjid Negara Brunei Darussalam.

Pusat tahfiz ini mempunyai lebih kurang 200 orang pelajar yang berumur antara 13 hingga 20 tahun dengan 11 orang tenaga pengajar.

Satu tarikan unik tahfiz ini ialah penututnya yang dari luar Kelantan, termasuk dari China dan Australia.

 

Tinggalkan komen anda