Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sambutan Hari Polis Ke-209 Peringkat IPD Jempol

By 25 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hamidah Md Drus (Jempol)

BANDAR SERI JEMPOL,  25 Mac (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Polis ke 209 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol yang dihadiri lebih 300 orang diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol  petang tadi.

Bersempena perayaan ini, Ketua Polis Daerah Supt Noorzainy Mohd Noor dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang sentiasa memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan mereka.

Sambutan Hari Polis ke 209 diadakan serentak di seluruh negara. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli dan ADUN Serting Senator Datuk Mohd Salim Mohd Shariff.

 

Tinggalkan komen anda