Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeNegeri Sembilan

Peneroka Felda Raja Alias 3 Dapat Surat Hak Milik

By 1 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hamidah Md Drus (Jempol)

JEMPOL, 1 Mac  (Malaysiaaktif) — Seramai 259 peneroka tanah FELDA Raja Alias 3 menerima Surat Hak Milik Tanah mereka di sini hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamed Hasan di perkarangan Sekolah Agama Rakyat Felda Raja Alias 3, Bandar Seri Jempol.

Penerimaan Surat Hak Milik mereka adalah berikutan kegigihan mengusahakan ladang dan membuat pembayaran balik caj terkumpul.

Ketua Peneroka Felda Raja Alias 3, Saiman Paiman, berkata dia berasa teruja kerana menerima Surat Hak Milik.

Bagi Kasnah Ismail pula, penantian dan kesabaran selama 33 tahun akhirnya membuahkan hasil. Dia bersyukur dan berasa pilu apabila mengimbau zaman mencabar semasa mula meneroka tanah di kawasan berkenaan.

Sementara itu, dalam majlis yang sama Mohamed Hasan turut menyampaikan  sejumlah RM10,000 kepada pihak jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Raja Alias 3 dan berjanji akan membantu membaiki bangunan sekolah agama rakyat di situ.

Felda Raja Alias 3 yang berkeluasan  1147.84 hektar adalah sebahagian daripada Felda Wilayah Raja Alias dan terletak dalam Mukim Serting Hilir, daerah Jempol.

 

Tinggalkan komen anda