Oleh Hatta Johari (Melaka)
BANDA HILIR, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Melaka kini mendapat satu lagi pengiktirafan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) atas kejayaan penganjuran program “Most Number of High Rank Local Authorities Personnel Participating in a Cycling Event”. sejauh 5.6 km sebentar tadi.
Seramai 480 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kayuhan yang diketuai oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron melibatkan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Bandar seluruh Malaysia, Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran, Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh Malaysia.
Kayuhan dilepaskan oleh Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Pengurus Besar MBOR, Helilia Juana Hashim menyerahkan Sijil Pengiktirafan Malaysia Book Of Record kepada Idris dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Hussin.
Program bersejarah ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama MBMB dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
23 Februari lalu, Melaka cuba melakar sejarah dalam MBOR bagi “Kayuhan Beca Paling Jauh” melibatkan sebanyak 19 beca dengan 37 peserta sejauh 747 kilometer merentasi lapan negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.