Oleh: Malini Md Yunos (Port Dickson),
Port Dickson 29 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan masyarakat sekitar agar tidak panik dengan kebakaran di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Palong.
Ini kerana Kerajaan Negeri akan mengambil langkah berjaga-jaga meminimumkan kesan pencemaran udara akibat kebakaran ini. Menurut JAS, Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 43 menunjukkan kawasan Port Dickson berada pada paras baik dan terkawal.
Operasi pemadaman api yang berkeluasan 65 ekar ini diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan. Ā Pejabat Southern Waste management – (SWM) Evironment Ā Sdn Bhd, SW Corp, Pejabat Daerah Port Dickson, Majlis Perbandaran Port Dickson, Jabatan Alam SekitarĀ dan, JABATAN Pertahanan Awam turut bekerjasama memastikan usaha memadamkan kebakaran dapat diatasi dengan kadar segera.
Jumlah kekuatan anggota seramai 121 orang merangkumi anggota Bomba 65 orang, JPAM 16 orang dan SWM Environment Ā 40 orang.
Kerja-kerja pemadaman api juga dijangka mengambil masa agak lama atas faktor cuaca panas dan juga gas metana yang terhasilĀ dalam timbunan sampah.
Pihak Bomba memasang paip sepanjang 1.5kmĀ untuk mendapatkan bekalan air dari sungai berhampiranĀ dan SWM Environment menggali 5 lubang dipenuhi dengan air bagi tujuan penyerapan air bawah timbunan sampah sebagai usaha memastikan bara yang masih ada benar-benar terpadam.
Sebanyak tujuh (7) buah water jet , sebuah water tanker, dua (2) buah jengkaut dan tiga (3) buah excavator (jentera penggali) digunakan pada hari ini.
Sebanyak 6973.2 tan tanah di bawah masuk ke tapak pelupusan ini untuk mengambus sampah yang terbakar bagi mempercepatkan pemadaman api selain mengelakkan api merebak ke kawasan lain.Ā Operasi dilaksanakan 24 jam sehari dan pertukaran syif dijalankan setiap 4 jam.
Ahli Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan, Datoā Hj Jalaluddin Alias turut meninjau dengan lebih dekat kerja-kerja pemadaman kebakaran yang masuk hari ketiga di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Bukit Palong hari ini.
Tapak pelupusan ini pernah menerima janaan sisa pepejal dari kawasan Seremban dan Port Dickson sekitar 600 tan sehari namun telah ditutup sepenuhnya sejak awal tahun ini dan pada masa ini gas matena yang terhasil digunakan untuk menjana kuasa elektrik melalui konsep āWaste to Energyā