Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Komuniti 1Malaysia Tonggak Perpaduan

By 30 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Daniel Jong (Seremban)

SEREMBAN, 28 Mac, – Kewujudan Komuniti 1Malaysia (K1M) telah menjadi salah satu medium yang amat berkesan di dalam menjana perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Demikian kata Pegawai Penerangan Daerah Seremban Encik Faizal Abdul Hamid ketika berucap merasmikan pelancaran penubuhan K1M Taman Panchor Jaya disini semalam.

Tambahnya lagi, K1M merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diurusetiakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dan kini terdapat 1500 K1M di seluruh Malaysia. Menurut Faizal, penubuhan K1M Taman Panchor Jaya memang bertepatan sekali dengan konsep 1Malaysia kerana ahli jawatankuasa dan ahlinya juga terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina dan India.

Penubuhan K1M juga bukan sahaja menumpukan kepada usaha merapatkan perpaduan malahan juga berfungsi sebagai badan yang menjaga kebajikan masyarakat setempat disamping mengadakan program-program bagi memasarkan maklumat kerajaan kepada masyarakat umum.

Hadir sama ialah Ketua MCA Bahagian Seremban, Encik Siow Koi Voon serta Pengerusi Majlis Permuafakatan K1M Daerah Seremban Haji Rofik Yusof.

Tinggalkan komen anda