Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau Pinang

Anak Muda Pertahan Legasi Capal Tradisional

By 11 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Abd. Aziz Osman (Tasek Gelugor)

TASEK GELUGOR, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Kerja membuat capal tradisional memerlukan kemahiran tinggi bagi memastikan hasil yang berkualiti.

Ini mendorong Amirul Hidayat, 29, untuk mempraktikkan kemahiran membuat capal tradisional daripada bapanya, Hashim Hassan yang mengusahakan perniagaan tersebut sejak 1958.

Seiring peredaran zaman, Amirul mengorak langkah untuk mengembangkan perniagaan capal keluarganya dengan menubuhkan Jago Mutiara Enterprise (JME).

Walaupun hanya berstatus perniagaan kecil, dengan perkembangan teknologi maklumat, JME yang terletak di Tasek Gelugor ini dikenali hampir ke seluruh Malaysia.

Selain capal asli yang juga dikenali sebagai capal Palembang, JME juga menghasilkan capal songket, mengkuang, batik dan kulit.

 

bd6faefc-1616-484b-8eaf-4f320b2ae51a

 

Tambah Amirul, dia menggunakan kulit lembu dan kulit kambing dalam menghasilkan capal-capalnya.

“Ketika ini, mesin hanya digunakan untuk tugas tertentu, seperti memotong kulit dan menebuk lubang, manakala kerja-kerja lain, seperti mengetuk corak di atas capal masih menggunakan tangan” ujar Amirul.

Amirul turut menghasilkan capal mengikut kehendak pelanggan, seperti sebagai barangan cenderamata, hantaran perkahwinan atau untuk dipakai ke majlis-majlis tertentu.

“Capal juga harus mempunyai pelbagai variasi bagi memberi ruang kepada pelanggan membuat pilihan,” ujar Amirul lagi.

Sepasang capal dijual dengan harga RM18 bagi kanak-kanak, manakala capal dewasa pula dijual antara RM45 hingga RM120.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda