Skip to main content
Berita TempatanSabah

Cfos Bantu Ketepikan Tuntutan RM11,316.60 Pemaju

By 11 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Mahathir Mohd Kamal (Sabah) 

KOTA KINABALU, 11 Apr (Malaysiaktif) –? Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) kepenggunaan, Consumers Front of Sabah (Cfos) berjaya membantu seorang pembeli rumah Putatan Platinum Apartment dengan mengetepikan tuntutan faedah kelewatan penyerahan RM 11,316.69.

Menurut mangsa Ngu Mee Ling, 32, tuntutan yang dikenakan pemaju tersebut dikatakan adalah atas kesilapan pemaju sendiri.

“Saya berterima kasih kepada pihak Cfos atas bantuan yang diberikan NGO tersebut melalui kerjasama firma guaman Ari Rizidah & Co kerana banyak membantu menyelesaikan kes ini yang berlarutan hingga tiga tahun,”  katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Cfos, Hashima Hasbullah Yahya, 36, menyatakan rasa gembira dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan (TTPP), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkaitan kes ini.

“Selaku sebuah badan NGO Kepenggunaan di Sabah, kami amat ambil berat setiap kes melibatkan kepenggunaan.

“Bantuan yang diberikan adalah sebagai usaha mendidik dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai hak-hak sebagai pengguna khususnya di negeri ini.

“Keputusan ini menunjukkan kerajaan sentiasa melindungi hak dan kepentingan pengguna di negeri ini,” katanya ketika datang melihat keadaan rumah pengadu di Putatan, Jumaat lepas.

Tambahnya, kejayaan kes ini sepatutnya dapat membuka mata pengguna agar lebih berani tampil memperjuangkan hak mereka bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas mereka.

Selain memperjuangkan hak pengguna di Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan (TTPP), Cfos juga membantu membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Cfos turut mengadakan program “Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna serta membuat pemantauan harga di seluruh daerah di Sabah dengan penubuhan “Price Watch Team (PWT) bagi membantu kerajaan memantau dan memperjuangkan hak kepentingan pengguna.

SF

Tinggalkan komen anda