Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Produktiviti, Kualiti Kunci Ke Arah Negara Berpendapatan Tinggi

By 11 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd. Anuar Ibrahim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Untuk mencapai matlamat pembangunan negara berpendapatan tinggi, persaingan kos buruh yang rendah tidak lagi boleh diamalkan.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, ini kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif dalam jangka masa panjang kepada negara.

“Sebaliknya, meningkatkan produktiviti, kualiti, perkhidmatan, berinovasi dan kreatif di samping berusaha melabur di dalam pasaran yang selamat adalah langkah yang perlu dalam menuju ke arah negara berpendapatan tinggi,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian semasa Persidangan Pembangunan Malaysia Ke-7 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Persidangan diadakan bagi mencari penyelesaian lebih sesuai berhubung isu-isu kritikal yang memberi kesan pertumbuhan mampan dalam industri pembinaan melalui strategi yang betul samada meilibatkan kerajaan atau sektor swasta.

Persidangan empat hari yang berakhir pada 14 April ini turut membincangkan perkara seperti pembangunan teknologi hijau, analisis perbandingan kos buruh, pelan pembangunan kerjaya dan strategi pembangunan produktiviti.

Majlis anjuran “Master Building Asociation” (MBAM) ini dihadiri oleh lebih 200 orang, termasuk delegasi antarabangsa.

 

 

-DK/AAS

 

Tinggalkan komen anda