
Oleh Hasmah Hanafi, Anita Omar
BANDAR BAHARU, 22 Apr (Malaysiaaktif) — Seramai 139 orang menerima sumbangan Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) di Dewan Seri Serdang di sini pada Rabu.
Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bandar Baharu, Datuk Nor Sabrina Mohd Noor.
Seorang penerima bantuan, Arshad bin Hamid dari Kampung Batu 18 Serdang berkata dengan bantuan yang diberi kerajaan ini, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarganya.
Bagi Mismaida Merah dari Taman Seriwangsa, Serdang pula, beliau bersyukur dan berterima kasih kerana bantuan yang diberikan itu tepat pada masanya kerana pendapatan sebagai penoreh getah yang tidak menentu sekarang ini menyebabkan dia terpaksa membuat kerja sampingan.