Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeMelakaViral

Pencemaran Sg Gadek: Kolam Ikan Keli Diarah Tutup

By 22 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

ALOR GAJAH, 20 Apr (Malaysiaaktif) — Sebuah kolam perusahaan ikan keli yang terletak di Menggong di sini diarahkan tutup apabila air pelepasan didapati mencemari Sungai Gadek.

Arahan dikeluarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

 

20160421191805 (1)

 

Air kolam dari kolam ternakan ikan yang dilepaskan itu dikatakan menyebabkan kandungan ammonia dalam sungai tersebut meningkat melebihi 17 kali ganda daripada yang sepatutnya.

Menurut Pengerusi Komuniti 1Malaysia (K1M) Gadek, Mohd Hafiz Noordin, pencemaran air yang memaksa pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melakukan kerja-kerja pembersihan telah menyebabkan bekalan air terputus selama 30 jam pada Jumaat lepas.

Beliau berkata berikutan itu beberapa agensi, termasuk Pejabat Daerah Alor Gajah, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Jabatan Kerja Raya digerakkan bagi mengagihkan air bersih ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Pihak SAMB telah menjelaskan perkara ini kepada ahli-ahli majlis dan juga jabatan teknikal kerajaan dalam mesyuarat One Stop Centre (OSC) yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, Datuk Murad Husin pada 19 April lepas.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda